1 Muafakat
- Sikap muafakat merupakan satu keperluan untuk individu yang bekerja secara berkumpulan dengan ahli-ahli lain yang mana sikap muafakat ini membolehkan sesuatu masalah atau halangan yang timbul dapat diselesaikan secara bersama. Dengan bermuafakat dalam melaksanakan tugas atau kerja, kita dapat mengelakkan salah faham, prasangka buruk dan tanggapan negatif dalam kalangan ahli kumpulan. Sebagai contoh, para guru digalakkan untuk saling membantu antara mereka supaya prestasi perkhidmatan dapat ditingkatkan dan juga dapat menambah baik prestasi akademik pelajar di sekolah. Selain itu, guru sering mendapat arahan tugasan daripada jabatan yang memerlukan mereka bekerja secara bermuafakat (sebulat suara) dalam membuat keputusan penting dan sebagainya. Guru juga digalakkan untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada pelajar yang berlainan agama, bangsa serta budaya agar persefahaman serta corak pemikiran dapat diintegrasikan. Ini juga bagi mengelakkan wujudnya semangat berpuak-puak yang boleh menimbulkan isu perkauman atau sebagainya yang negatif.
1 Fokus Matlamat
- Semua guru hendaklah faham akan matlamat yang perlu dicapai oleh sekolah mahupun jabatan yang mana ia boleh terbahagi kepada dua iaitu matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Kedua-dua matlamat ini perlu dirancang dan disesuaikan dengan jangka masa agar keberkesanan daripada pelaksanaan kesemua matlamat dapat diukur dan memastikan wujudnya peningkatan prestasi daripada yang sebelumnya. Contohnya, bagi menaikkan nama sekolah serta meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan-peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM, guru hendaklah memberi fokus dan bersama-sama membanting tulang dalam merealisasikan matlamat ini iaitu dengan cara bersepakat mengadakan kelas tambahan selepas waktu sekolah, kelas tambahan pada hujung minggu, program-program motivasi, kaunseling individu atau berkelompok dan sebagainya. Dengan ada nya matlamat juga, guru tidak aka terpesong atau lari daripada landasan yang sepatutnya dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran P&P, maka dengan ini wujudnya keberkesanan P&P di dalam kelas.
1 Hormat-Menghormati
- Sikap saling menghormati baik di antara rakan sejawat, dengan murid-murid dan masyarakat sekeliling merupakan satu kemestian bagi para guru. Sikap hormat-menghormati ini boleh membawa kepada banyak kebaikan iaitu seperti saling mempercayai, amanah, berprasangka positif dan sebagainya. Seperti yang umum tahu, adalah wajib bagi pelajar untuk menghormati guru-guru. Namun guru juga perlu menghormati pelajar mereka dengan menggunakan bahasa yang sesuai serta penilaian yang rasional kerana pelajar merupakan pelanggan pendidik dan menjadi kewajipan guru bagi menyediakan perkhidmatan yang berkesan kepada mereka. Contoh lain , sikap saling menghormati ini juga perlu digunakan sebagai petunjuk kepada guru lepasan ijazah yang mana mereka perlu menghormati guru-guru lama yang lebih senior walaupun mereka hanya mempunyai tahap pendidikan diploma tetapi pengalaman serta ilmu yang mereka ada mungkin jauh lebih baik daripada guru-guru lepasan ijazah, ijazah sarjana dan sebagainya.
1 Bangga UPSI
- Rasa bangga boleh dikategorikan sebagai rasa kecintaan terhadap sesuatu perkara atau organisasi yang kita dokong. Para guru lepasan UPSI atau bakal guru lepasan UPSI mestilah mempunyai serta menanam sikap rasa bangga serta cinta akan UPSI dengan mempromosi atau menguar-uarkan kehebatan dan pencapaian yang telah dicapai UPSI khususnya dalam bidang pendidikan kepada masyarakat umum. Guru-guru yang dilahirkan oleh UPSI mestilah menunjukkan sifat-sifat mulia serta mempunyai nilai moral dan etika yang tinggi dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru kerana ini boleh mencerminkan tentang tahap pendidikan serta ilmu yang mereka telah peroleh dari tempat mereka menuntut ilmu iaitu UPSI. Contoh, guru boleh memberitahu atau mempromosi UPSI kepada umum dengan menyatakan tentang zaman kegemilangan Sultan Idris Teaching College iaitu pada tahun 1924 yang terkenal sebagai sebuah maktab yang melahirkan ramai tokoh-tokoh guru terkemuka yang mana salah seorang daripada mereka ialah Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za’ba. Guru turut bertanggungjawab dalam memelihara serta mempertahankan imej dan nama baik UPSI kepada masyarakat umum.
" Klik DI SINI untuk melihat tayangan video mengenai Semangat Berpasukan "
( Gambar Sekadar Hiasan )
How to make money from betting with virtual sports
ReplyDeleteHow to Make Money from Betting · 1. Choose a betting site that will งานออนไลน์ offer the best sports betting experience. · 2. Choose a sports betting site that will offer the