Saturday, April 26, 2014

Prihatin Kebajikan Anggota

Prihatin Kebajikan Anggota boleh dikatakan mengambil berat tentang keadaan sekeliling terutamanya terhadap orang yang berada disekeliling kita. Terdapat 4 petunjuk yang menunjukkan nilai ini terutamanya bagi seseorang guru.
Antaranya ialah:

Petunjuk Peluang Untuk Maju
  • Guru tidak boleh terlalu selesa dengan ilmu dan kemahiran yang mereka miliki kerana guru perlu sentiasa meningkatkan potensi diri mereka dalam bidang masing-masing serta juga belajar memahami bidang lain agar pengetahuan seseorang guru tidak terhad. Oleh itu, guru sentiasa harus menghadiri semminar atau kursus untuk memperkaya dan memperbaharui ilmu serta juga boleh menyambung pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Selain itu, guru juga boleh menonjolkan diri dalam bidang sukan, kebudayaan dan aktiviti masyarakat dalam pelbagai peringkat dan bidang.

Petunjuk Empati
  • Empati adalah perasaan murni yang perlu ada dalam diri seseorang terutamanya guru. Perasaan murni ini membantu seseorang itu memahami perasaan orang lain mengikut sudut pandangan orang bermasalah itu kerana kita perlu masuk dalam diri seseorang itu untuk memahaminya. Selain itu, guru juga boleh menjadi pendengar yang baik terutama bagi rakan sekerja dan pelajar yang mempunyai masalah. Cara ini membantu seseorang guru untuk menunjukkan perasaan empati guru terhadap mereka yang dalam kesusahan dan tertekan dengan masalah yang di alami.
Petunjuk Penghargaan
  • Penghargaan juga merupakan salah satu unsur yang penting bagi semua induvidu kerana setiap orang ingin rasa dihargai atas segala usaha yang dilakukan contohnya dengan anggukkan sahaja boleh menyebabkan orang sekeliling rasa diri mereka dihargai. Antara contoh lain ialah mengucapkan tahniah dan memperingatkan tarikh-tarikh penting rakan-rakan sekerja dan pelajar untuk menujukkan kita mengambil berat tentang seseorang itu.
Petunjuk Keselesaan Persekitaran
  • Keselesan Persekitaran merupakan unsur yang penting kerana suasana persekitaran yang selesa boleh memberikan kita motivasi untuk melakukan tugas atau tanggungjawab yang dipikul. Oleh itu, pergaulan mersa antara kita  boleh menwujudkan persekitaran yang harmoni dan membantu menaikan nama serta semangat untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang.

"  Klik DI SINI untuk melihat tayangan video mengenai Prihatin Kebajikan Anggota "


( Gambar sekadar hiasan )


0 comments:

Post a Comment