Menunjukkan karakter berikut :
Responsif
- Responsif merupakan suatu tindakan. Yang nyata, suatu tindakan itu mestilah segera dan pantas dilakukan. Di mana jua seorang guru berada, apabila terdapat aduan atau apa jua permintaan, seeloknya disegerakan mencari kaedah penyelesaiannya. Misalnya dalam dua situasi ini.
(a) Beberapa
orang pelajar melaporkan bahawa terdapat pencerobohan di belakang bangunan
sekolah daripada pihak luar, maka guru perlulah segera menyampaikan kepada
pihak atasan dan melaporkan kepada pihak berkuasa.
(b) Pelajar tidak
memahami pembelajaran yang lepas dan meminta untuk diterangkan semula, maka
sebagai warga pendidik hendaklah seorang guru untuk menerangkannya semula
sehingga pelajar tersebut faham dan dapat menerima pembelajaran tersebut.
Proaktif
- Bijak menjangka dan merancang sesuatu plan serta sentiasa merebut peluang yang ada tanpa menunggu arahan. Guru jenis ini merupakan guru yang sangat diperlukan dalam mana-mana institusi kerana sikapnya yang cukup berdaya saing dan cekap dalam pengurusan. Sebagai contoh, guru yang berproaktif dalam tindakannya ialah guru tersebut sentiasa mencari maklumat terperinci mengenai kaedah-kaedah untuk menjawab soalan karangan dengan baik. Kaedah ini sangat berkesan untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan sebagai langkah persediaan awal mereka.
- Dalam interaksi sesama pelanggan (pelajar) amat memerlukan sifat mesra untuk mewujudkan ruang keselesaan antara kedua-dua belah pihak. Persekitaran yang mesra dan gembira di sekolah akan ada sekiranya sifat mesra itu wujud. Sehubungan dengan ini, masalah dendam dan prasangka buruk dapat dielakkan sesama guru dan pelajar. Senyuman dan saling bertegur sapa itu sangat penting sekiranya pelajar atau guru berselisihan sesama sendiri dan di dalam setiap pertemuan, misalnya mesyuarat. Bahasa dan nada yang digunakan juga mestilah dikawal agar sentiasa mengeluarkan bicara yang sopan dan menyenangkan pihak kedua.
- Yakni sesuatu pekerjaan yang dapat memberikan kepuasan dan sangat menepati kehendak pelanggan. Segala tugasan yang dilakukan adalah mencakupi kesemua kriteria seperti yang diminta. Sebagai seorang guru, hendaklah guru menyampaikan ilmu secara terperinci kepada pelajar, malahan ilmu yang disampaikan adalah berdasarkan sumber ilmiah yang bersesuaian. Contohnya, segala maklumat pengetahuan umum adalah berdasarkan isu semasa yang diambil daripada sumber media yang sahih dan telus.
" Klik DI SINI untuk melihat tayangan video mengenai Berorientasikan Pelanggan "
( Gambar sekadar hiasan )
0 comments:
Post a Comment