Adil
- Adil bermaksud tidak berat sebelah ataupun tidak pilih kasih. Guru perlu bersikap adil dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang guru. Contohnya, guru perlu memulakan ataupun menghabiskan proses pengajaran dan pembelajaran pada waktu atau tempoh yang telah ditetapkan oleh pengurusan sekolah.
- Amanah bermaksud kepercayaan yang diberikan kepada seseorang untuk menyimpan sesuatu yang berbentuk privasi ataupun sesuatu rahsia. Guru perlu mempunyai sifat amanah ini supaya imej sekolah terjaga. Contohnya, jika pelajar sekolah dirogol, guru tidak sepatutnya menyebarkan tentang perkara itu kepada orang di luar sekolah. Ini kerana akan menjatuhkan imej sekolah itu sendiri dan pelajar tersebut akan berasa malu dan takut untuk berhadapan dengan orang sekelilingnya.
- Telus bermaksud melakukan sesuatu perkara mengikut garis panduan yang ditetapkan. Guru perlu menjalankan sesuatu proses pelaksanaan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah. Contohnya, apabila menyemak kertas jawapan peperiksaan pelajar, guru perlu memberi markah seperti yang terdapat dalam skema jawapan.
- Akauntabiliti bermaksud bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan. Guru perlu melakukan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan intruksi yang telah ditetapkan oleh pengurusan sekolah. Contohnya, guru perlu menyempurnakan proses pengajarannya terhadap pelajar mengikut turutan seperti yang ditetapkan dalam rancangan instruksi.
" Klik DI SINI untuk melihat tayangan video mengenai Integriti "
( Gambar Sekadar Hiasan )
0 comments:
Post a Comment