Professional adalah kemampuan dan kemahiran
dalam profesion serta melibatkan kemahiran dan kecekapan. Guru perlu
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan secara berterusan. Nilai profesional mempunyai empat petunjuk
iaitu beretika, iltizam, cinta ilmu, dan kompeten.
Beretika
- Setiap guru dikehendaki mematuhi kod etikanya sendiri demi menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesion perguruan.
- Tanggungjawab terhadap pelajr, ibubapa, masyarakat, dan negara, terhadap rakan sejawat dan profesional perguruan.
- Mengutamakan kebajikan dan keselamatan selain bersikap adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira faktor2 jasmani, mental, emosi,politik, ekonomi, sosial,keturunan dan agama.
- Kerahsiaan sesame guru dan pelajar dijaga
- Memelihara dan memperbaiki kecekapan melalui pengajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus supaya pengajaran guru mencapai mutu yang setinggi-tingginya
- Mengelakkan daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang bertentangan dengan rukun negara serta memupuk sikap dan nilai murni dlam diri setiap pelajar.
Iltizam
- Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau matapelajaran lain yang diajar dibilik darjah tanpa sebarang bayaran
- Seorang guru perlulah mempunyai keterlibatan secara bersungguh2 dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan tugasan sebagai seorang guru.
- Sikap dan pendirian seorang guru menunjukkan sokongan, komitmen dan azam yang bersungguh2 dalam melaksanakan tugas
- Guru rela berkorban masa dan tenaga untuk mendidik anak bangsa tanpa mengharapkan pembalasan.
Cinta Ilmu
- Guru perlulah peka perubahan dunia dengan kemajuan teknologi dan IT
- Memantapkan kemahiran baru dengan melakukan reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang seperti teknologi, teori2 dan cara pengajaran dan pembelajaran baru.
- Sentiasa menjalankan penyelidikan dan pencarian dalam bidang masing2 kerana ilmu sentiasa bertambah dan xkn habis.
- Mengamalkan belajar sepanjang hayat
- Membuang sikap dan tanggapan bahawa guru serba tahu, ini kerana guru juga seorang manusia yang mempunyai kekurangan
- Guru2 perlulah berhubung dengan rakan2 sejawat @ mereka yang lebih berpengatahuan atau mahir dalam suatu bidang.
Kompeten
- Guru berpengetahuan atau berkemahiran yang diperoleh melalui pembelajaran teori dan latihan amali dalam sesuatu tempoh masa yang panjang
- Mempertingkatkan profesionalisme
- Mahir menggunakan IT
- Berpengetahuan dan berdaya fikir serta akhlak
- Berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif
- Guru mempunyai kaedah atau cara penyampaian dalam pengajaran supaya murid2 memahami apa yang disampaikan olehnya
- Strategi pembelajaran didalam kelas yang mampu mengawal kelas dan aplikasi cara mengajar yang berkesan.
" Klik DI SINI untuk melihat tayangan video mengenai Profesional "
( Gambar Sekadar Hiasan )
Mr Casino | Dr. DMC
ReplyDeleteDr. DMC has many years experience in online gambling, 광주 출장샵 but 창원 출장샵 you can also enjoy an online 경상북도 출장샵 casino experience with Dr. DMC. Join today 여주 출장마사지 to learn more! 창원 출장안마