Monday, April 28, 2014

Kreatif & Inovatif

Kreatif mengikut Kamus Dewan bermaksud mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Inovatif pula bermaksud kebolehan untuk melakukan sesuatu pembaharuan ataupun pengubahsuaian.Guru perlu kreatif dan inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar tidak bosan dengan gaya pengajaran mereka.  Contohnya, guru menggunakan video ketika menerangkan sesuatu topik pembelajaran yang memerlukan penerangan secara visual.


BERDAYA CIPTA
  • Seorang guru perlu berdaya cipta yang kreatif dan inovatif supaya tidak ketinggalan dalam mengakses kepada ilmu baru.  Contohnya, guru sentiasa meneroka dalam mendapatkan ilmu tambahan yang baru supaya maklumat dapat disampaikan kepada pelajar secara terkini dan unik.


PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN
  • Seorang guru perlu rajin dalam membuat penambahbaikan terhadap cara pengajarannya supaya cara tersebut tidak terlalu bosan.  Contohnya, alat bantu mengajar yang digunakan perlulah diperbaharui dari semasa ke semasa mengikut perubahan semasa.  Ini bagi mengelakkan pelajar daripada berasa bosan ketika proses P & P dijalankan.


REBUT PELUANG
  • Guru perlu sentiasa bersiap sedia dalam merebut segala peluang yang ada di mana peluang tersebut akan memberikan manfaat terhadap guru itu sendiri.  Contohnya, menghadiri kursus atau seminar berkaitan bidang pendidikan supaya dapat meningkatkan kreativiti sebagai seorang guru.


NILAI TAMBAH
  • Guru perlu menggunakan kemudahan yang ada iaitu kemudahan media dan teknologi dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar mereka.  Contohnya, guru menggunakan laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, Skype dan sebagainya untuk berkomunikasi dengan pelajar mereka di luar sekolah dan pelajar juga boleh bertanyakan mengenai tugasan mereka.
"  Klik DI SINI untuk melihat tanyangan video mengenai Kreatif & Inovatif  "

( Gambar Sekadar Hiasan )
Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

Post a Comment